sEmOgA aNdA tErHiBuR mEmBaCaNyA

Saturday 10 March 2012

Kata Nama

Selamat hari Ahad semua...hari ini cikgu sambung kembali perkongsian ilmu cikgu bersama anda semua...cikgu akan kongsikan tentang Kata Nama pada tintaku kali ini...

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh tumbuhanyang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh - tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah :

orang : ayah, polis, perempuan dan lain - lain
haiwan : ayam, itik, buaya dan lain - lain
benda : televisyen, komputer, bank dan lain - lain
tempat : stadium, jalan raya, pulau dan lain - lain

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat.Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan.Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh : buai > buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.Benda  - benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.Benda - benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, jadual buku, nama bangunan dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertent, khusus atau khas.Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah :

benda : Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah dan lain - lain
orang : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dan lain - lain
binatang : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil dan lain - lain
tempat : Kampung Bharu. Kota Damansara, Temerloh dan lain - lain

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Mari kita uji kefahaman anda :

Lengkapkan ayat dengan perkata yang diberi.

1. ........................ Ali baru sahaja baru sahaja membeli sebuah kereta baru.
2. Kakak .................. sedang menjahit baju kurungnya di ruang tamu.
3. Emak memetik 3 biji buah ...................
4. Saya dan rakan sekelas saya telah menyertai lawatan sekolah ke ..................
5. " Sila hantar semua ..................... tulis anda ke bilik guru," kaata Cikgu Ali.
6. Saya bersekolah di .............................
  
  • Halimah
  • buku
  • Kuala Lumpur
  • betik
  • ayah
  • Sekolah Kebangsaan Temerloh
Selamat mencuba >_< 
 

No comments:

Post a Comment