sEmOgA aNdA tErHiBuR mEmBaCaNyA

Thursday 26 April 2012

Sunday 11 March 2012

Saturday 10 March 2012

Kata Nama

Selamat hari Ahad semua...hari ini cikgu sambung kembali perkongsian ilmu cikgu bersama anda semua...cikgu akan kongsikan tentang Kata Nama pada tintaku kali ini...

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh tumbuhanyang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh - tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah :

orang : ayah, polis, perempuan dan lain - lain
haiwan : ayam, itik, buaya dan lain - lain
benda : televisyen, komputer, bank dan lain - lain
tempat : stadium, jalan raya, pulau dan lain - lain

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat.Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan.Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh : buai > buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.Benda  - benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.Benda - benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, jadual buku, nama bangunan dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertent, khusus atau khas.Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah :

benda : Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah dan lain - lain
orang : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dan lain - lain
binatang : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil dan lain - lain
tempat : Kampung Bharu. Kota Damansara, Temerloh dan lain - lain

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Mari kita uji kefahaman anda :

Lengkapkan ayat dengan perkata yang diberi.

1. ........................ Ali baru sahaja baru sahaja membeli sebuah kereta baru.
2. Kakak .................. sedang menjahit baju kurungnya di ruang tamu.
3. Emak memetik 3 biji buah ...................
4. Saya dan rakan sekelas saya telah menyertai lawatan sekolah ke ..................
5. " Sila hantar semua ..................... tulis anda ke bilik guru," kaata Cikgu Ali.
6. Saya bersekolah di .............................
  
  • Halimah
  • buku
  • Kuala Lumpur
  • betik
  • ayah
  • Sekolah Kebangsaan Temerloh
Selamat mencuba >_< 
 

Thursday 8 March 2012

Belajar Kata Ganda

Assalamualaikum semua...bertemu kembali...hari ini baru dapat update blog...hari ini cikgu ingin berkongsi sedikit ilmu yang bertajuk KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Kata ganda terdiri daripada :
  • Kata ganda seluruh
  • Kata ganda semu
  • Kata ganda separa ( separuh)
  • Kata ganda bersajak atau brima
  • Kata ganda berimbuha
Kata Ganda Seluruh

Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kta nama, kata adjektif, kata kerja atau kata keterangan.Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-)

  
Gandaan Kata Nama
Gandaan Kata Kerja
Gandaan Kata Adjektif
Buku – buku
Kereta – kereta
Pagi - pagi
Baring – baring
Jalan – jalan
Pandang - pandang
Awal – awal
Bulat – bulat
Manis - manis


Kata Ganda Semu


Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus, umpamanya : biri - biri, kanak - kanak, kupu - kupu.

Serupa dengan kata ganda seluruh, kata ganda semu ialah kata dasar yang juga digandakan seluruhnya dan digabungkan dengan tanda sempang ( - ).

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar.Misalnya :
  • Cecair ( mana -  mana bahan yang berada dalam keadaan cair seperti air atau bendalir )
  • Kekunci ( butang untuk menaip dari komputer, dilhamkan dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci ) 
 Kata Ganda Bersajak / Berima

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya :
  • Persamaan bunyi di pangkal : lalu - lalang, beli - belah, dentam - dentum dan sebagainya.
  • Persamaan bunyi di hujung : karut - marut, cerai - berai, calar - balar dan sebagainya.
  • Penyesuaian bunyi seluruhnya : compang - camping, dolak - dalik, huyung - hayang dan sebagainya.
Kata Ganda Berimbuhan


Kata ganda berimbuhan atau menyalin terhasil dengan membubuh imbuhan di mana - mana tempat dalam kata ganda.
  • Imbuhan awalan di awal kata : tergesa - gesa, berpura - pura
  • Imbuhan awalan di selepas tanda sengkang : tahu - menahu, kejar - mengejar
  • Imbuhan akhiran di akhir kata : barang - barangan, terang terangan
  • Apitan seluruh kata ganda : tergila - gilakan, mengharu - harukan
Ok sampai di sini dulu perkongsian ilmu saya....Jumpa lagi.....Selamat bercuti kepada semua anak muridku......

Tuesday 28 February 2012

PeNgAlAmAn PeRtAmA....

assalamualaikum....

Siap setting blog...alhamdulillah..pengalaman pertama ne bt blog...mmg seronok la...hehe...mcm2 bnda na share kat sni...